Pengenalan


iPROSys merupakan singkatan kepada Innovation Project System yang dibangunkan untuk merekod projek-projek inovasi pelajar dan pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam bentuk yang lebih tersusun dan sistematik.
Projek pelajar adalah salah satu elemen penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana hasil projek ini merupakan satu inovasi dalam penyelesaian masalah pengguna. Pengguna yang difokuskan adalah di kalangan warga politeknik, komuniti dan industri.
iPROSys menyimpan koleksi projek inovasi yang cariannya berdasarkan jabatan dan semester. Fungsi cetak disediakan untuk memanfaatkan pengguna yang mungkin berminat dengan inovasi pelajar sebagai rujukan.
Sistem ini dapat dicapai oleh umum secara online

Pengenalan

Objektif

iPROSys dibangunkan bagi menjadi rujukan kepada pelajar, pensyarah dan pihak luar yang berkepentingan. Koleksi projek inovasi ini boleh dijadikan rujukan pelajar untuk memberikan idea dalam membangunkan projek akhir mereka. Projek inovasi ini juga didedahkan kepada pihak industri yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Pelajar dan pensyarah juga diberi ruang dan peluang untuk mengkomersialkan produk inovasi mereka melalui platform yang disediakan ini.

Objektif

Impak

  • Koleksi inovasi dapat dijadikan rujukan pelajar, pensyarah, industri dan umum
  • Membantu mengatasi masalah industri berkaitan
  • Meningkatkan peluang pengkormersialan produk inovasi pelajar
impak