Sistem Penilaian Makmal Dan Bengkel (NIMBENG)

Fungsi NIMBENG

Dipenghujung setiap semester, setiap pensyarah perlu mengisi borang Penilaian Makmal Dan Bengkel. Berikut ialah peranan setiap jenis pengguna sistem.

PBMB

  • Menguruskan senarai bilik kuliah, makmal dan bengkel
  • Menguruskan senarai aset
  • Menguruskan senarai penyelia makmal
  • Mecetak Lampiran 6

Penyelia

  • Mengemaskini senarai aset yang berkaitan dengan bilik kuliah, makmal dan bengkel yang diselia
  • Mengesahkan senarai asat yang terkini untuk membolehkan para pensyarah melakukan penilaian

Pensyarah

  • Mengisi dan mencetak borang penilaian untuk setiap bilik kuliah, makmal dan bengkel yang digunakan untuk PnP

Login

*Nota: Senarai pengguna bilik kuliah, makmal dan bengkel diambil dari TEMBIKUL.

Perjalanan Proses Penilaian

  1. Dipenghujung semester, PBMB akan meminta para penyelia untuk mengesahkan bahawa borang penilaian telah siap untuk diisi oleh para pensyarah
  2. Para penyelia akan menyemak dan mengemaskini senarai aset yang berkaitan, dan mengesahkannya
  3. PBMB akan melihat senarai penyelia yang telah melakukan pengesahkan, dan mengingatkan penyelia yang ketinggalan
  4. Setelah semua penyelia selesai melakukan pengesahkan, PBMB akan menyediakan raga Nimbeng dan diletakkan di satu tempat yang strategik, serta membuat pengumuman bermulanya penilaian bilik kuliah, makmal dan bengkel oleh para pensyarah
  1. Para pensyarah akan mengisi dan mencetak borang penilaian, diikuti menurunkan tandatangan dan meletakkan ke dalam raga Nimbeng
  2. Selepas menghantar borang penilaian, pensyarah tersebut perlu mengesahkan di dalam sistem bahawa borang tersebut sudah dihantar
  3. Para penyelia akan menyemak di dalam sistem untuk melihat senarai pensyarah yang belum hantar borang dan memberi peringatan
  4. Mana-mana penyelia yang mendapati semua borang penilaian untuknya telah dihantar, akan mengambil borang tersebut di dalam raga Nimbeng, mengisi dan menyerahkan kepada PBMB.
  5. Selepas menghantar semua borang penilaiannya, penyelia tersebut perlu mengesahkan di dalam sistem bahawa semua borang tersebut sudah dihantar
  1. PBMB akan menyemak senarai penyelia yang belum menghantar borang penilaiannya, dan memberi peringatan kepada yang masih ketinggalan
  2. Setelah semuanya selesai, proses penilaian ini tamat
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Nazni Hani & Puan Hazila, JTMK PTSS